Kuih Pau(steam bun)

#pau#intikacanghitam

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 Sudu besar yis mauripan
  • 2 Sudu besar susu pekat manis
  • 1 Sudu besar gula
  • 3 Sudu besar minyak masak
  • 1/2 Cawan air suam
  • Sedikit garam
  • Inti* Ikut kesukaan sendiri

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan 2 sudu besar yis kedalam 1/2 cawan air suam
  2. Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi kemudian kacau…
  3. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih.
  4. Di dalam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak, sedikit garam dan campuran yis tadi.
  5. Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan.
  6. Biar doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik
  7. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulankan
  8. Leperkan doh dan isikan inti
  9. Biar doh mengembang lagi.
  10. Sementara itu, panaskan kukusan Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit..
  • #selamatmencuba
  • #farrahkitchen
  • #ilovecook
  • #cookwithlove
  • Advertisements

    Kuih Talam

    Kuih Talam citarasa aku, guna tepung gandum sepenuhnya.

    Bahan bawah
    2 1/2 cawan tepung gandum
    2 cawan gula pasir
    4 1/4 cawan santan
    2 telur

    1/4 cawan inti kacang merah

    Bahan atas
    1 1/2 cawan tepung gandum
    4 cawan santan
    1 sudu kecil garam
    Method of cooking
    1. Mula2 panaskan pengukus….sementara tu sediakan bahagian bawah….masukkan gula dan inti kacang ke dalam blender bersama 2 cawan santan..blend hingga gula hancur…kemudian masukkan kedalam mangkuk berisi tepung. kacau2 rata…pukul skit telur….takat nak pecahkan kuning tu je…dan masukkan kedalam mangkuk berisi tepung…masukkan juga baki santan…kacau2…dan tapiskan. ambik loyang….sapukan dgn minyak…kemudian masukkan adunan bawah….kukus bila air pengukus dah didih. guna api besar ye…kukus bahagian bawah ni selama 20 minit.
    2. Bancuh adunan kedua..masukkan semua bahan dlm mangkuk kemudian tapiskan dan tepikan.
    3. Selepas 20 minit…buka pengukus masukkan adunan atas…kukus lagi kuih selama 30 minit. lepas 30 minit..buka penutup pengukus dan biar kuih masak dlm 5-10 minit utk keringkan atas dia.
    4. Biar kuih dah sejuk dulu baru dipotong. guna pisau plastik utk memudahkan proses memotong kuih.

    #alhamdulilah

    #farrahkitchen

    #ilovecook

    #cookwithlove

    Kuih Kaswi@Kosui(gula merah)

    Resepi kuih ni Sama juga dengan kaswi Pandan cuma tukar dengan gula merah je..

    #kaswi #lembut bergoyang

    Bahan2nya :-
    Bahan A:
    1 cwn tepung gandum
    cwn tepung ubi kayu (tepung sagu)
    Bahan B:
    1 ½ cwn gula merah (bukan brown sugar ye)
    1 cwn gula pasir *terpulang klu nk manis lagi*
    3 cwn air
    1 sdk kapur *ditapis dahulu*
    Cara2nya:
    1. Masak Bahan B sehingga hancur dan tapis. Sejukkan dan ketepikan
    2. Satukan Bahan A. Ketepikan
    3. Bila dah sejuk Bahan B, satukan dengan Bahan A dan gaul sebati dn msukkn kapur.
    4. Blender bahan tadi untuk haluskn lagi adunan.
    5. Masuk dlm Loyang dan kukus paling kurang stgh jam.
    *adunan akan kelihatan berair dan akan jd keras skit apabila sejuk..

    #lemak Manis

    #alhamdulilah

    #rajin Hari ni

    #farrahkitchen

    #ilovecook

    #cookwithlove

    Cempedak Goreng (Jackfruit Fritters)

    #cempedak#manis

    Cempedak Goreng

    Bahan bahan:
    2 senduk tepung beras
    1 1/2 senduk tepung gandum
    1 sudu besar butter
    1 biji telur
    Sedikit serbuk kunyit
    Secubit gula
    Garam
    Air secukupnya

    Cara cara:
    Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.

    #Resepi Dato Vida

    #Memang menjadi

    #Rangup

    Alhaamdulilah dapat juga makan buah ni..

    #farrah kitchen

    #ilovecook

    #cookwithlove

    Agar2 Roti Pelangi(Rainbow bread pudding)

    # first trial menjadi juga

    #boleh lah sebab nak makan sangat

    #alhamdulilah

    Bahan-bahan :
    1 paket agar-agar (25 gram)
    6 cawan air
    200 gram gula pasir (ikut kemanisan)
    1 tin susu cair
    6 keping roti gardenia
    1 biji telur
    3 jenis pewarna
    1 sdt esen vanilla

    Cara-cara :
    – Roti dicarik-carikkan, disatukan dengan susu cair dan telur. Apabila roti kembang, blender halus.
    – Agar-agar direndam sekejap kemudian direbus. Masak agar-agar dgn 6 cawan air hingga agar-agar hancur. Tapiskan dan masukkan semula ke dalam periuk.
    – Masak di atas api. Masukkan gula dan bahan2 yang diblend tadi. Kacau perlahan hingga mendidih.
    – Bahagikan 3 bahagian dgn tiap2 bahagian dibahagi sama banyak. Masukkan pewarna tiap2 bahagian tadi.
    – Tuang 1 warna di tengah loyang hingga habis dan diikuti dgn warna lain di tgh loyang. Tidak perlu tunggu keras dan tuang warna seterusnya. Sejukkan di dalam peti sejuk.

    #farrahkitchen

    #ilovecook

    #cookwtihlove

    #29 weeks

    Laksam

    Ni teringin nak makan punya pasal laju je tangan nak buatnya..

    Laksam
    Bahan-Bahan
    3 cawan tepung beras
    1/2 cawan tepung gandum
    1/2 sudu teh garam (secubit garam)
    5 cawan air suam
    minyak utk lenser tudung periuk
    1 tudung periuk nipis

    Caranya
    Panaskan kukusan bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang.
    Setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci.
    Campurkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam besen.
    masukkan air suam tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi.
    Masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.
    Tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar (atau boleh juga disenduk ke atas tudung periuk)
    Kukuslah sehingga gelembung baru angkat.Kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak. api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak.

    Kuah laksam
    Bahan-Bahan kuah laksam (5 orang makan)
    6 ekor ikan sardin fresh
    1 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    3 ulas bawang merah
    1cm halia
    1/2 sudu besar lada hitam
    2 kotak santan
    garam dan gula (atau perasa)
    2 keping asam gelugur
    Air secukupnya

    Cara-Cara:
    Rebus dengan sedikit garam,gula/perasa dan asam keping rebus hingga ikan masak
    Setelah ikan masak, perisi ikan iaitu asingkan isi dan tulang (simpan air rebusan ikan)
    Satukan bawang besar, bawang putih, halia,lada hitam,isi ikan ke dalam blender serta masukkan sedikit air rebusan dlm supaya senang utk kisaran.
    Masukkan bahan kisar dlm periuk,masukkan santan,asam keping, garam dan gula
    Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.

    Ulam

    Taugeh, timun, daun kesum, Kobis.(Boleh ikut selera masing2 ye)

    #farrahkitchen

    #ilovecook

    #cookwithlove

    #licin anak2 makan

    #alhamdulilah

    #27weeks 3day

    Udang Masak Lemak

    #27Ramadhan

    #Mood Raya

    #Udang#pedas#lemak

    UDANG MASAK LEMAK CILI API

    Bahan Kisar
    15 ulas cili padi
    6 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inc kunyit hidup
    2 batang serai ~ dititik
    1/2 kg udang ~ di bersihkan
    2 biji santan
    2 keping Asam keping
    garam secukup rasa
    4 pokok Akar ketumbar ~ bersihkan
    2 biji tomato ~ potong 4
    Campurkan santan, cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan batang ketumbar dalam periuk , Hidupkan api dan masak sambil di kacau supaya tak pecah minyak
    Setelah didih masukkan asam keping, udang, tomato dan biar udang masak
    Perasakan dengan garam secukup rasa
    Angkat dan hidangkan setelah udang masak

    #aku ni suka sangat makan udang..#bagi lah udang Masak apa pun…

    #24weeks

    #farrahkitchen

    #ilovecook

    #cookwithlove

    Kaswi Pandan Lemak

    #15 Ramadhan

    #Moreh

    #Alhamdulilah

    RESEPI KASWI PANDAN LEMAK

    Bahan-bahan
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan tepung ubi kayu
    1 cawan santan
    1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
    3/4 cawan gula pasir
    1/2 sudu teh air kapur
    1/2 sudu teh garam
    1 biji telur
    Pewarna hijau
    Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama

    Cara membuatnya
    Satukan kesemua bahan,kacau sebati dan tidak berketul. Tapis
    Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Kukus selama 30 minit
    Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi

    #farrahkitchen

    #ilovecook

    #cookwithlove